Friday, March 2, 2012

Midnight talk

Sebenarnya dari awal pagi lagi aku nak update blog ni. semangat ok, awal bulan kan. kena la semangat. [selalu memang la cam gitu. awal bulan penuh dengan harapan. ibaratkan hangat-hangat tahi ayam. macam tu la] bangun pagi-pagi, on TV. pastu menjerit [dalam hati je ok. kang jiran-jiran ingat apemende entah pagi-pagi dah excited]: Oh, my gucci! [hampeh kan, nak jerit pun kena guna jenama kelasss gitu. kalo kau jerit oh, my bata takle ke. padahal kasut sekolah jenama North Star tu beli kat Bata je pun. err.. ] Malaysia Hari Ini bersiaran jam 7-9pg. serius. semenjak aku balik umah ni, aku tak penah pun tengok MHI. nak buat camne, daku lebih rela tidur. kalo tak tidur pun, mesti dah online saje excited cek emel.


Takdela tengok TV je dua jam tercongok. sambil-sambil tu kemas gak rumah. Oh, ye saya tau saya sangat rajen. malu. jangan pandang-pandang camtu. muahaha. keje nak banggakan diri sendiri je kan. then, online. time ni pun nak taip entri baru tapi dah on fesbuk. memang takla kan. baik borak-borak. kawan aku tanya pasal dia research dia. haha. aku bagi la pendapat kan. orang tanya tak elok tak jawab ok. sembang-sembang jap aku terus offline untuk bekpes. mandi-mandi semua then tidur. sebab aku rasa macam TV tengahari takde siaran yang best kot. nak tengok Wanita Hari Ini macam malas. tapi kekadang aku tengok gak. hikhik.


Aku bangun dah petang. bila bangun haruslah makan kan. lunch plak. pastu online. ok, dah bosan aku baca majalah Remaja. Remaja ke? Opcos la. memang semua majalah yang ada kat dalam almari buku tu memang aku amek je baca. best jugak cerpen dalam tu. Ni Remaja Edisi 15 Disember tahun lepas. pastu aku gelak sorang-sorang baca cerpen tu. kelakar la. dah tu takkan aku nak nanges lak kan. tak kena tema la beb.


Bila aku renung-renung aktiviti harian aku ni: nampak cam best je kan. tapi sebenarnya takla best sangat pun. hari ni genaplah 4 minggu aku ada kat rumah. bil broadband nak kena bayar, topup lagi. cekedis petang-petang lagi. pampers anak lagi. susu anak lagi. ok, tu tipu dah. hehe. haish. semua itu memerlukan duit ok. (-___-), secara logiknya, duit yang ada akn susut. takkan bertambah kot. cucuk je. ni pun satu kelemahan. kenapa la mesin ATM tu boleh ada dekat ngn umah aku? [tetiba nak salahkan mesin ATM lak kan. hikhik]. sebab aku rasa, kalo makin jauh ATM dari umah, maka makin susahla aku nak cucuk duit.


Tadi masa aku taip entri ni, jam kul 11.30 p.m. ni dah kul 12.14 a.m dah. nampak nya entri ni dah bertarikh 2 Mac la kan. taip sambil main YM. YM tu memang kegemaran aku pun. lantaklah ada friendster, fesbuk ke ape ke, YM tetap dihati. Skype pun best. sangat best utk call. clear ok. sape-sape takde credit boleh la gune Skype je. jimat ok. kalo video call pun, Skype sangat clear. tu aku respek kat skype. tapi bab layout YM, memang takle lawan la kan. YM lawa. tulisan pun besar.


Mula-mula aku dengar lagu Sesaat Kau Datang-Ramlah Ram feat Sleeq, aku rasa macam: ape ni? tak best pun. tapi sekali aku tengok video clip dorang. fuhh. cantik kot. wedding garden theme. terus aku download. hehe. yang aku kenal model lelaki tu je. Afiq Muiz. dia berlakon Aishiteru. Tadi final episod. yang girls tu aku tak kenal lak sape. model ke pelakon ke. takpe, yang penting cun. (^__-)


Official Sesaat Kau Datang




Ok la. mata aku dah mengantuk. nak tidur dah. Selamat malam :))



p/s: Kalau kita tak bagi peluang kat seseorang untuk mencintai kita, bagaimana kita nak tahu kita mencintai orang tu ataupun tidak? - Aishiteru final episod. 

13 comments:

Syazwan Che Deraman said...

macam macam dalam satu entry.
hehehhe.

MHI yang pengacara comel betudung tu owk?

aku dah lama tak bukak YM.
tak tahu dah macam mana sekarang.

NIZAM said...

@Wan:

Haha. aku main taip je.

aku dah lama wei tak tgk MHI. arini Nurul Syuhada. dia free hair.

YM la best. privacy beb.

ZWAN SABRI said...

Cakap pasai YM, aku dah lupa la password YM aku.. rindu seyhh sama YM.. HUHU

NIZAM said...

@ZWAN:

mesti smua org main twitter kan. takpela. aku takde twitter. old skool giler. hehe

Siti khadijah said...

suka jugak ym!!tapi dah tak ramai kawan yg chat dgn ym sebab memasing skrg tweet je..hehe :)


pelik2 betul tudung ramlah ram..hehe

aReLaN said...

hahahaha..dah bertahun YM.skype dah tak bukak pon sejak balik malaysia.aku tak layan lak citer aishiteru tu.aiyoo..best ke?

EyqaLuvender said...

kte tak rety guna ym...huhu
kesian kan?

NIZAM said...

Knape sume orang taktau YM ni? huwaa. sedih2. aku je la sorang gune ye. huhu.

@Siti Khadijah:

pelik la juga. citarasa muda gitu. hehe.

NIZAM said...

@Lan:

best la jugak. aku layan je. heroin die bole tahan cun. muahaha. :))

Aliff Haikal said...

hahahahahahaha entry ni kelakar :p

Eera Shera said...

ym? bosan la..tuit2 lg bes..ckp sorg2 pn xpe hak2

NIZAM said...

@Alif Haikal:

hahha. kelakar? sila la ketawa. :p

@Eera:

Oh, takpe. (-__-)

shahsyaz said...

model shawl awek tuh, :), aishteru tuh cite ape??? sy x pki YM, tp sekaip, hehehehee